Ancient History Encyclopedia has a new name!

We are now World History Encyclopedia to better reflect the breadth of our non-profit organization's mission. Learn More

Baktria

Inti Sari

Jan van der Crabben
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
disiarkan pada 28 April 2011

Teks asal dalam Bahasa Inggeris: Bactria

Map of the Greco-Bactrian Kingdom (by PHGCOM, CC BY-SA)
Map of the Greco-Bactrian Kingdom
by PHGCOM (CC BY-SA)

Baktria merupakan sebuah wilayah naungan Empayar Parsi yang terletak di Afghanistan, Uzbekistan, dan Tajikistan moden.

Selepas kekalahan yang dialami oleh Darius III si raja Parsi, Baktria terus-menerus memberikan penentangan terhadap Alexander Agung, dengan diketuai oleh Bessus, tokoh yang mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Darius. Walau menghadapi banyak kesukaran, Alexander berjaya menakluki Baktria pada tahun 329-327 SM, menerusi campur tangan pasukan tentera bantuan tempatan. Ketika berada di sana, Alexander mengahwini seorang wanita Baktria, iaitu Roxanne, bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya di wilayah itu.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Selepas kemangkatan Alexander, Baktria menjadi sebahagian daripada Empayar Seleucid. Ancaman demi ancaman yang perlu ditangani oleh raja-raja Seleucid dan serangan-serangan yang dilancarkan oleh Ptolemy II dari Mesir ke atas empayar berkenaan memberikan peluang kepada Diodotus, satrap yang mentadbir Baktria, untuk mengisytiharkan kemerdekaan (sekitar tahun 255 SM) dan menakluk Sogdiana seterusnya menubuhkan Kerajaan Indo-Yunani.

Sisihkan Iklan

Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
A freelance writer and translator at The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur.

Darihal Penulis

Jan van der Crabben
Jan is the Founder and CEO of Ancient History Encyclopedia, leading the non-profit company to best fulfil its mission to engage people with cultural heritage and to improve history education worldwide. He holds an MA War Studies from King's College.