Kerajaan Yunani-Baktria

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
disiarkan pada 28 April 2011

Teks asal dalam Bahasa Inggeris: Greco-Bactrian Kingdom

Map of the Greco-Bactrian Kingdom (by PHGCOM, CC BY-SA)
Map of the Greco-Bactrian Kingdom
by PHGCOM (CC BY-SA)

Kerajaan Yunani-Baktria merujuk kepada beberapa buah dinasti dan mungkin kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh monarki-monarki Yunani-Macedonia. Kerajaan ini menguasai wilayah Baktria bermula dari tahun 250 hingga 130 Sebelum Masihi.

Penubuhan

Kerajaan Yunani-Baktria muncul pada tahun 250 Sebelum Masihi, apabila seorang satrap bernama Diodotos (atau Theodotus dalam bahasa Latin) bangkit memberontak terhadap Antiochos II, pemerintah Seleucid. Pemberontakan ini mengambil kesempatan ke atas keadaan Antiochus yang sedang sibuk menangani Dinasti Ptolemy di barat. Pada mulanya, Diodotos dan puteranya, Diodotos II menakluki wilayah-wilayah di selatan Ariana dan mengehadkan kekuasaan mereka di sekitar Baktria. Namun sekitar tahun 230 Sebelum Masihi, seorang pemerintah tempatan bernama Euthydemos, yang mungkin mempunyai kaitan dengan Dinasti Seleucid, menggulingkan Dinasti Diodotis dan menubuhkan dinastinya yang tersendiri. Beliau kemudian meluaskan wilayahnya ke utara, meliputi Sogdiana dan Ferghana. Pada tahun 210 Sebelum Masihi, Antiochos III dari Seleucid memerangi Euthydemos dan memaksanya berundur. Keadaan ini kemudiannya mendorong kepada pengepungan Baktria selama tiga tahun. Pengepungan yang panjang serta ancaman demi ancaman daripada suku-suku nomad di utara memaksa Antiochos III untuk memulakan rundingan: Beliau memperakui Euthydemos sebagai raja dan menyerahkan salah seorang puterinya, dengan pertukaran bekalan dan gajah-gajah perang.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Perluasan

Kerajaan Yunani-Baktria muncul pada tahun 250 Sebelum Masihi, apabila seorang satrap bernama Diodotos bangkit memberontak terhadap Antiochos II.

Setelah keadaan di wilayah perbatasan barat terjamin, raja-raja Yunani-Baktria mengambil kesempatan di atas kemunduran Dinasti Maurya untuk melancarkan perang terhadap jiran-jiran mereka di timur. Dalam tempoh kurang 20 tahun, mereka berupaya menakluk Paropamisadaes, Arachosia, Gandhara dan Punjab Barat di bawah kepimpinan Demetrios. Pada masa yang sama, kuasa pusat dibahagi-bahagikan sesama beberapa orang raja yang sering bersengketa. Sebahagian daripada mereka memerintah bahagian timur Hindukush, sekaligus menjadi raja-raja Indo-Yunani yang pertama.

Eucratides Mengambil-Alih Kuasa

Pada tahun 171 Sebelum Masihi, Eucratides yang juga mungkin mempunyai kaitan dengan Seleucid, menggulingkan raja Yunani-Baktria dan memerangi raja-raja Indo-Yunani. Pada awalnya, kempennya ini berlangsung lancar sehinggalah Dinasti Euthydemid memanggil Menander dan memaksanya berundur ke Hindu-Kush di Baktria. Keadaan ini menandakan bermulanya perseteruan panjang antara Dinasti Euthydemid dan Eucratid. Perseteruan ini melemahkan kerajaan Yunani-Baktria: kehilangan kuasa ke atas Sogdiana, dan Eucratides dibunuh oleh puteranya sendiri. Era ketidakstabilan politik kemudian melanda dan seterusnya mengakibatkan penggulingan raja terakhir Indo-Yunani, iaitu Heliokles pada tahun 103 Sebelum Masihi oleh suku nomad Yuezhei.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Antimachus I Tetradrachm
Antimachus I Tetradrachm
by Mark Cartwright (CC BY-NC-SA)

Hubungan Dengan Kebudayaan-Kebudayaan Lain

Kerajaan Yunani-Baktria mempunyai kedudukan yang unik dalam kalangan masyarakat Yunani, lantaran ia merupakan kerajaan Hellenistik yang wujud di hujung dunia mereka. Kerajaan ini lazim menjalinkan hubungan dengan tamadun India dan suku-suku nomad di wilayah berhampiran. Begitu juga hubungan dengan China yang terbukti menerusi penyebaran barang dagangan dan matawang syiling mereka. Hasil seni Baktria dianggap sebagai antara yang terbaik di zaman itu, sebagaimana yang dapat dilihat pada patung-patung yang ditemui di Ostobora (Ai Khanoum moden) dan Baktria. Syiling-syiling yang dicetak oleh mereka juga berkualiti tinggi. Keaslian hasil seni ini tidak hilang bersama kejatuhan raja terakhir Yunani-Baktria, lantaran sebahagian daripadanya diwarisi oleh suku Yuezhei dan Koushan yang menggantikannya.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Sisihkan Iklan

Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
A freelance writer and translator at The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur.

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.