Eukratid

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 28 April 2011
X
translations icon
Terdapat dalam bahasa lain: Bahasa Inggeris
Cybele Plate (by Museé Guimet, Public Domain)
Plat Cybele
Museé Guimet (Public Domain)

Dinasti Eukratid merupakan sebuah dinasti Yunani-Baktria dan Indo-Yunani yang mempunyai kira-kira 12 orang raja, dengan era pemerintahannya berlangsung dari tahun 171 SM hingga 80-70 SM, sebagaimana yang dibuktikan menerusi penemuan syiling dari zaman tersebut. Jata syiling yang mencirikan dinasti ini adalah imej pokok palma dan Dioscuri (Castor & Pollux bersama kuda).

Dinasti ini bermula apabila pengasasnnya, Eucratides bertindak menggulingkan seorang raja Euthydemid di Baktria, yang berkemungkinan ialah Demetrios II, sekitar tahun 171 SM. Beliau mengambil kesempatan di atas pergolakan yang berlaku dalam kalangan negara-negara Indo-Yunani dari dinasti Euthydemid dan memenangi pertempuran di seluruh Hindu-Kush sebelum akhirnya, beliau bertembung dengan raja Menander. Dalam pertembungan tersebut, beliau ditewaskan dan diusir hingga ke Baktria. Di sana, beliau sekali lagi mengepalai pasukan tentera bagi memerangi Menander namun mati dibunuh oleh anaknya sendiri yang kelak dikenali sebagai Eucratides II. Perisitiwa ini menggambarkan bagaimana hubungan dalam kerabat dinasti tersebut berjalan, dan hal yang sama turut berlaku dalam dinasti Euthydemid.

Sisihkan Iklan
Advertisement

Kematian Eucratides mengakibatkan kerajaannya terhumban ke kancah perang saudara dengan melibatkan perebutan takhta di antara ramai kerabat Eucratid dan hal ini secara efektif melemahkan kerajaan; kesempatan ini kemudian dimanfaatkan oleh kerajaan Parthia dan Yuezhei hinggakan raja terakhir Yunani-Baktria, iaitu Heliokles terpaksa menyerahkan kerajaan kepada suku nomad tersebut pada c.130 SM. Bagaimanapun, dinasti ini berjaya merebut semula sebahagian wilayah Indo-Yunani sekaligus meneruskan operasi ketenteraannya dari sana, berikutan persekutuan antara mereka dan dinasti Euthydemid masih berlanjutan. Walaupun sebahagian raja Eukratid seperti Philoxenos dilihat cukup berkuasa sesudah tahun 130 SM, mereka tetap tidak berupaya untuk menyatukan seluruh wilayah Indo-Yunani.

Dinasti ini akhirnya tumbang apabila suku Maues dari Indo-Saka menyerang kerajaan-kerajaan Indo-Yunani c.80 SM dan memaksa kedua-dua dinasti Indo-Yunani tersebut untuk membentuk persekutuan di bawah raja Amyntas.

Sisihkan Iklan
Advertisement

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Simonin, A. (2011, April 28). Eukratid [Eucratid]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/

Gaya Chicago

Simonin, Antoine. "Eukratid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai April 28, 2011. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-596/eukratid/.

Gaya MLA

Simonin, Antoine. "Eukratid." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 28 Apr 2011. Web. 19 Apr 2024.