Ochus

Inti Sari

Antoine Simonin
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
disiarkan pada 28 April 2011

Teks asal dalam Bahasa Inggeris: Ochus

Ochus adalah sebatang sungai yang kini dikenali sebagai Darya-i Pandj, di mana ia mengalir di Tajikistan moden dan bercantum dengan Sungai Amou-Darya di Takht-i Sangin. Pada zaman dahulukala, ia mengalir di bahagian utara Baktria dan bercantum dengan Sungai Oxus di sekitar kota Oxeiana (bukan Alexandria Oxeiana).

Sungai ini terkenal dengan tapak Ai Khanoum; sehingga tahun 2002, berlaku salah faham umum dalam kalangan sejarahwan di mana mereka meletakkan Sungai Ochus sebagai bahagian timur Sungai Oxus dan bukannya salah satu anak sungainya. Kesilapan ini menimbulkan beberapa kesan terhadap pemberian nama bandar-bandar purba di kawasan itu, khususnya penamaan tapak Ai Khanoum.

Sisihkan Iklan

Advertisement

Sisihkan Iklan

Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
A freelance writer and translator at The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur.

Darihal Penulis

Antoine Simonin
Passionate about ancient Central Asia. Maintains the website From Bactria to Taxila. Works in the Europa Barbarorum project.